Categories
usahawan kecil

Kerjaya Makan Komisyen?

Banyak pasaraya besar berjaya dalam pasaran hanya dengan “makan komisyen” hasil jual barang.

Makan komisyen boleh kaya?

Boleh. Tetapi perlu pelbagaikan produk dan diurus dengan baik.

Walaupun menjalankan perniagaan kecil, jangan kita merompak duit syarikat. Kita bos dan kita juga kuli. Maka bos perlu ingat, ada gaji yang perlu dibayar kepada kuli setiap bulan. Bos dan kuli tidak boleh sewenang-wenangnya makan duit syarikat.

Kerjaya makan komisyen dalam musim pandemik…

  1. Kayuh basikal anda, lalu meronda seluruh kampung dengan menjual nasi lemak orang kampung. Harga sebungkus dua ringgit. Mahu lebih mudah? Jual di pintu masuk masjid dan sekolah seawal pagi hari. Sasarkan jualan 100 bungkus sehari. Jika komisyen 30 sen sebungkus, maka kita boleh dapat sehari RM30, sebulan RM600. Hanya dengan usaha 2 jam sahaja.

Balik tidur, mandi, makan dan solat. Bangun potong buah dan buat air kegemaran kanak-kanak.

  1. Kayuh basikal lagi, kali ini sasarkan 60 kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan. Satu pelanggan anggara untung 30 sen. Dapat RM18 sehari, sebulan RM540. Hanya dengan usaha 2 jam.

Bekerja 4 jam sehari, pendapatan lebih RM1000, tidak perlu bayar cukai, banyak masa bersama keluarga, dan badan pun sihat.

Apa kata kita beli basikal dan upah 5 pekerja untuk 5 lokasi berbeza? Tingkatkan lagi menjadi 10 pekerja bagi 10 lokasi. Kembangkan bisnes kita dalam kawasan kampung.

Kepada adik-adik yang menganggur, ini adalah peluang pekerjaan. Boleh bangunkan mobile application untuk tujuan monitoring pekerja anda.

By Shamshuritawati Sharif

Statistician. Researcher. Consultant. Book Writer. Lecturer. Teacher

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *