Apakah kandungan dalam bab Research Methodology?
Jawapan : Research Design, Sampling Techniques, Instruments, Data Collection, Data Analysis
Apakah kandungan dalam bab Research Methodology?
Jawapan : Research Design, Sampling Techniques, Instruments, Data Collection, Data Analysis
Kenapa kita perlu gunakan statistik?
Jawapan : Alat untuk dapatkan bukti secara bernombor bagi menyokong sorotan karya yang telah dibaca.
Sham : Abang boleh tak up sikit duit belanja saya?
Suami : Boleh. Abang up RM50 nanti bulan depan
Sham : Jadi RM350 sahaja? Tak signifikan lah abang.
Suami : Baiklah, Abang up bagi jadi RM500.
Sham : Itu baru kleaaa (clear)! Ini yang dikatakan baru signifikan.
Alang-alang nak tambah wang belanja isteri, biarlah perbezaannya itu menjadi satu perbezaan yang ketara. Memanglah kenaikan RM50 turut ada beza berbanding sebelumnya, tetapi itu tidak jelas ketara kerana kita hanya boleh beli sekampit beras 10kg dan sebotol minyak masak 5 liter sahaja. Sekiranya meningkat menjadi RM500, hampir dua kali ganda dari nilai asal.
Ini sekadar contoh untuk menjelaskan makna “signifikan”, boleh juga diterjemahkan sebagai “bermakna” .
Secara teknikalnya, jika perbezaan antara nilai min sampel dan min populasi sangat kecil, nilai t-test akan turut jadi kecil, manakala p-value akan jadi besar. Jika perbezaan antara nilai min sampel dan min populasi agak besar, nilai t-test akan menjadi besar dan p-value akan menjadi kecil.
Kita hanya perlu melihat kepada min sampel dan min populasi, jika dari awal lagi nilainya sudah tidak jauh berbeza, sudah pasti p-value akan menjadi besar. Ini bermakna Ho tidak berjaya ditolak. Atau dengan kata lain, perbezaan itu ada, tetapi satu perbezaan yang tidak ketara sangat (tidak signifikan).
Hafal : Berjaya tolak Ho, jika p-value adalah lebih kecil berbanding 0.05.
Nilai 0.05 adalah nilai kebiasaan yang digunakan dalam penyelidikan, namun bukan satu ketetapan “is always 5%”. Dalam bidang kawalan kualiti, nilai tersebut akan lebih kecil, kerana nilai tersebut merujuk kepada RISIKO (ralat pengujian hipotestis).
Risiko melakukan kesalahan apabila penyelidik memutuskan bahawa berjaya tolak Ho
Ya, setiap keputusan sama ada menolak atau gagal menolak Ho akan ada risiko. Ini berlaku kerana data kita adalah berdasarkan data sampel sahaja. Walhal kita ingin rumuskan tentang keseluruhan populasi. Secara lebih spesifik, risiko ini dipanggil ralat Jenis I (Type I error)
Memahami statistik bukan hanya berusaha mengenal formula untuk mendapatkan nombor tetapi mampu melakukan tafsiran ke atas nombor yang terhasil daripada analisis yang dijalankan. Sungguh banyak kaedah statistik, namun untuk pergi jauh Asas Statistik adalah satu kemestian yang perlu diperkukuhkan.
Oleh itu, dari mana kita perlu bermula?
Bermula dengan mengenali apa itu statistik.
Statistik diperlukan apabila kita ingin mengkaji perlakuan atau situasi atau keadaan yang tidak pasti.
Contoh keadaan yang pasti :
Contoh keadaan yang tidak pasti
Sekiranya, kita sudah jelas bahawa wujudnya elemen tidak pasti (uncertainty), maka disitulah statistik boleh diaplikasikan.
Sampai jumpa lagi. Insyaallah.