Categories
kehidupan komentar

Khianat

Khianat dan penipuan…

Dua kisah dan incident saling berkaitan yang ada disekitar kita.

Ada berlaku dalam politik, dalam komuniti, dalam universiti, dalam masjid, dalam pasar, dalam pejabat, dalam rumah kita juga.

Apa itu khianat?

Satu bentuk penipuan oleh geng kita sendiri. Atau dipanggil juga kawan makan kawan. Saudara makan saudara. Mereka berpaling tadah kerana tiada integriti. Hilang! Seperti hilang pegangan.

Sehingga sanggup membunuh.

Ada yang membunuh sehingga mati individu tersebut, ada yang membunuh sehingga mati operasi perniagaan rakan kita, ada yang membunuh sehingga mati keyakinan orang lain terhadapnya.

Rasa puas hati! Ambik hang! Eksyen sangat!

Kita semua mempunyai sikap baik dan buruk dalam diri masing-masing. Bergantung kepada sikap yang mana lebih menguasai diri. Antara buruk melebihi baik, atau baik melebihi buruk. Sikap kita semestinya memberi impak besar kepada kehidupan kita.

Sebab itu ada pepatah dalam penyelidikan mengatakan “managing attitudes is more difficult than managing literature review“. Menulis literature review itu sukar, namun lebih sukar menangani masalah sikap manusia. Letih!

Menikam rakan dari belakang bukan penyelesaian. Ada juga mak ayah yang mengkhianati anaknya sendiri. Macam-macam bentuk pengkhianatan ada sekitar kita. Rata-rata disebabkan oleh rasa dengki, cemburu juga iri hati. Ada juga yang khianat kerana muak dengan sikap kita.

********

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang Yang khianat. Dan hendaklah Engkau memohon ampun kepada Allah; kerana Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan janganlah Engkau berbahas untuk membela orang-orang Yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa. Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, Dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata Yang tidak diredhai oleh Allah. dan (ingatlah) Allah sentiasa meliputi pengetahuannya akan apa Yang mereka lakukan. Sedarlah! kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) Dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah Yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? atau siapakah Yang akan menjadi Pelindung mereka (dari azab seksa Yang disediakan oleh Allah)?

Surah al-Nisaa’ 4 : 105-109

Sampai jumpa lagi. Insyaallah.