Categories
kehidupan motivasi Uncategorized usahawan kecil

Belanja besar?

Jangan belanja besar pada ‘sesuatu’ perkara yang kita belum pasti.

Contoh?

Untuk branding, kita bina website yang simple terlebih dahulu, tidak perlu airway bill lagi, tidak perlu membeli atau membelanjakan untuk sesuatu yang boleh menyebabkan kos perbelanjaan jadi melambung.

Untuk design, kita boleh explore dahulu canva dot com kerana ada template percuma. Begitu juga untuk video, vivavideo sahaja sudah cukup untuk permulaan. Nanti sudah ada 300 subscriber youtube, baru kita mula melanggan perisian yang lebih hebat. Itupun jika kosnya tidak membebankan.

Untuk bela kambing, kita boleh mulakan dengan kandang kecil. Mulakan dengan membela 3 hingga 5 ekor. Belajar penyakit kambing, sikap kambing, semuanya tentang kambing.

Untuk lembu pun sama juga. Biar kita faham bahasa dan sakit pening lembu terlebih dahulu. Seekor lembu sahaja memakan modal sekitar RM3000 ke atas.

Untuk produk seperti baju, tudung, telekung, karpet (produk yang mempunyai pelbagai saiz dan pilihan lain), kita belajar jadi seorang dropshipper dahulu.

Untuk cetak buku? Mulakan dengan mencetak dahulu 300 naskah atau kurang. Dapat jual 100 naskah atau 1/3 daripada buku tersebut, maka kita sudah boleh tarik nafas lega.

Begitulah jika mahu mula berniaga. Mulakan dengan skala kecil. Mulakan dengan pacak payung ditepi jalan. Nanti perlahan-lahan kita mula sewa kedai jika perlu. Kadang-kadang yang pacak payung mungkin nampak tidak hebat, namun ada kemungkinan pendapatannya lebih hebat berbanding kita yang menyewa kedai. Tetapi peniaga yang pacak payung akan basah kalau hujan. Tidak nampak mantap.

Sabar …

Biar berkepok-kepok dahulu modal pusingannya, biar bersusun pelanggan yang sedia membeli, kemudian kita binalah mahligai perniagaan. Jika memang kita datang daripada keluarga yang sudah berpengalaman, atau berkahwin dengan orang yang ada pengalaman berniaga, tinggal dalam gudang padi. Itu kisah lain. Kita hanya perlu meneruskan sahaja legasi sedia ada.

Itu kes duit berkepok-kepok tak habis makan. Apa kita tunggu lagi? Maka, berbelanjalah. Masalahnya sekarang, mengumpul modal RM2000 pun atas ihsan gadaian gelang atau rantai mak kita. Jangan sia-siakan.

Pacak payung pun boleh mewah. Bayangkan jika ada 10 payung, 20 payung, sudah pasti kita mampu membeli rumah sendiri. Insyaallah.

By Shamshuritawati Sharif

Statistician. Researcher. Consultant. Book Writer. Lecturer. Teacher

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *