Kita mungkin…
1. Asalnya hanya menjual kuih, biskut, kek, tetapi hari ini kita mula menjual tepung untuk mempermudahkan pengguna yang rajin buat sendiri.
2. Asalnya hanya menjual nasi lemak, hari ini kita menjual set masakan nasi lemak untuk mempermudahkan pengguna yang rajin buat sendiri.
3. Asalnya hanya menjual kari dan kurma kambing, hari ini kita menjual rempah atau pes untuk mempermudahkan pengguna yang rajin buat sendiri.
4. Asalnya hanya menjual buku, hari ini kita menyediakan latihan untuk mempermudahkan pengguna yang rajin menulis buku.
5. Asalnya hanya menjual bela kambing, hari ini kita menjual produk penjagaan kambing untuk mempermudahkan pengguna yang rajin menternak.
6. Asalnya hanya menjual bengkel penulisan, hari ini kita menulis buku atau modul untuk mempermudahkan pengguna yang tidak sempat sertai bengkel.
7. Asalnya hanya menjual ikan, hari ini menulis menu masakan berasaskan ikan, atau membuat produk ikan dalam tin untuk mempermudahkan pengguna yang tidak tahu menguruskan ikan.
Begitulah… kuatkan semangat dan jalan terus.
Semua cadangan di atas perlukan pengetahuan, kemahiran dan ilmu tambahan dalam bisnes juga modal. Jangan takut tiada kerja kosong. Jangan takut tiada pekerjaan hebat selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda. Yang perlu ditakutkan adalah, apabila kita hanya duduk menunggu di rumah “klik-klik” untuk memohon kerja ditempat berhawa dingin, lalu berangan dapat memakai berbaju ala model, dengan handbag berjenama mewah serta mampu membayar ansuran pinjaman kereta berjenama H.
Ini bukan zamannya lagi. Petik jari lalu dapat temuduga. Ini zaman kita mencipta peluang atas bahu sendiri.
Kita harus turun padang.
Kita harus membanting tulang.
Kita harus berpanas dan sakit kepala.
Ada Ijazah sarjana muda bukan lagi tempatnya dalam jabatan kerajaan atau syarikat swasta. Jadilah usahawan. Anak-anak kita harus dibentuk dengan minda usahawan.
“Sudah tu buat apa ada Ijazah?”
Supaya mereka tahu pelbagai kemahiran yang tersedia dalam universiti. Dalam pusat pengajian ada banyak majlis ilmu. Ada banyak kursus, seminar, bengkel yang diberikan secara percuma juga. Sertainya! Jangan asyik tidur nyenyak sehingga bangun lewat tengahari.
Disana gudang ilmu.
Percuma!
Kutiplah ilmu sebanyaknya.
Tidak rugi masuk universiti untuk menjadi petani yang hebat
Tidak rugi masuk universiti untuk menjadi usahawan kecil terbilang
Cuma rugi jika masuk universiti jika kita masih perlu disara oleh mak ayah.